Wednesday, May 2, 2012

Usaha si anak kecil

assalamualaikum.

pasang ni dulu: Background music tatkala menitip kata

kosong. tiada semangat untuk belajar. langsung.
menatap akan helaian-helaian nota. tiada rasa.
tak mampu, tak  mampu merasa, dan akhirnya, kuletak tepi segala,
hampir, tidak mahu lagi meletak usaha.
kerana takut, akan usaha, sia-sia.

salah.
salah sama sekali.

melihat usaha, keringat anak anak kecil berusaha, masha Allah,
mampu minitiskan air mata kerananya.
tak tahu kenapa, tapi, mungkin mengimbau kembali kenangan lalu,
pada ketika aku di umur yang begitu.

tak perlu, fikir akan setiap perkara,
akan akibat dan keperluan membuat sesuatu perkara.
hanya berusaha dengan bahagia, ikhlasnya.
entah, rasa, bahagia.

realiti.
namun sedarlah ketika ini bahawa aku telah melangkah, menambah usia.
akan ada yang dipertanggunjawabkan padaku kelak,
atas setiap lagkah yang kuambil.

Ya Rabb, bantulah,
jika usaha anak-anak kecil, yang berusaha menulis, membaca dan menyiapkan nota mampu memberikan kembali semangat yang hilang itu, maka kau berilah Ya Allah.
mungkin dahulu tidak kufahami akan langkah yang kuambil.
ya mungkin.
tapi kali ini, berilah kurasa bahagia akan usaha.
dan kefahaman akannya.

bantulah Ya Allah aku tak mampu
meninggalkan, mengurankan perkara yang harus,
dan menambah yang sunnah dibuat, tanpa rasa.

bukan senang, ingin merasa akan apa yang dikata.
berilah Ya Allah, satu langkah mutlak, yang tidak sia-sia
bantulah kami,
akan setiap lagkah kami.

menulis, melihat cahaya bulan, yang makin terlihat, dilangit biru yang makin menghilangkan cahaya.


saya,
yang tiada apa2.


No comments:

Post a Comment