Saturday, April 20, 2013

Langkah yang payah

Aku adalah seorg muslim. Memperkasa mukmin. Penghujung hidupku ada perbicaraan. Itu akhirnya. Maka aku perlu berusaha. Mencapai yg terbaik, pada kaca mata pencipta.

Pupuk iman itu. Amal jangan ditinggalkan. Kerana setiap nafas, setiap langkah, adalah hadiah, mencari barakah. Allah. Bantulah. Aku dan saudaraku. Kerna aku lemah.

Jangan merasa lemah, kerana Allah beri yang terbaik pada org beriman. Maka beramallah. Hidup itu, setiap segala adalah amal. Berpenat penatlah, dalam faham ilmu rasa seorg hamba yg lemah.

Usaha, melangkahlah, fikirlah, kerana itu yg akan dinilai akhirnya.
Hulurkan bantu kasih pada semua.


Sukar begini. Tiada daya tolak.
Ini.
Inilah rahsianya. Penggerak, dgn ilmulah kita melangkah.

Source: http://musafirperjuangan85.blogspot.ie/2012/02/buat-dosa-kerana-dosa.html?m=1

Makanlah sebanyak mana madu sebagai penawar, kita tidak mungkin sembuh selagi racun ditelan jua. Itulah ibarat kebaikan dan dosa yang dilakukan serentak. Dalam surah al-Baqarah, ayat ke 42, Allah s.w.t. berfirman:

“Dan janganlah kamu campuradukkan kebenaran dengan kebatilan dan (janganlah) kamu sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahui.”

Satu ayat yang ringkas tetapi mengena buat jiwa-jiwa yang tulus dan sensitif. Hitam dan putih tidak mungkin sama. Apabila ia bercampur, tidak mungkin putih akan kekal suci, bahkan hitam jua mendominasi.
Terlalu besarkah kita untuk memutuskan bahawa kita itu selayaknya di neraka sedangkan Allah menjanjikan syurga bagi orang yang bertaubat?

Adakah kita itu ‘Tuhan’ sehingga boleh menentukan bahawa sesuatu perbuatan itu tidak mungkin diampunkan sedangkan Allah menanti panggilan kita?

Jika itu yang kita rasakan, lihatlah apa yang Allah katakan: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.” (Al-Baqarah, 2:186)

Dan baca pula hadith ini:

Dari Anas bin Malik r.a. berkata: Aku mendegar Rasulullah s.a.w. bersabda, Allah s.w.t. berfirman, "Wahai anak Adam, sepanjang engkau memohon kepada-Ku dan berharap kepada-Ku akan Aku ampuni apa yang telah kamu lakukan, Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta ampunan kepada-Ku akan Aku ampuni. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang kepada-Ku membawa kesalahan sebesar dunia kemudian engkau datang kepada-Ku tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatu pun, pasti Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula.” (HR Tirmidzi, Hasan Sahih)


Ilmu
Iman
Amal